I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 1 Jun 2011

Renung-renungkan (^_^)

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangkaan baik...

Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.